Friday, October 31, 2008

++untukmu++

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.

Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.

Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.

Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah.

Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah.

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.

Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaab SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu.

Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah?
Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam.
Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"
Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?""
Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."
“Bercinta ke?”
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
Dengan suara yang lembut abang tu jawab:
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

++UnIvErSiTi SaInS IsLaM MaLaYsIa++


Laman web Universiti Sains Islam Malaysia(USIM) kelihatan agak simple tetapi unik. Namun begitu, susunan gambar yang terlalu banyak menyebabkan page web USIM kelihatan sangat padat. Button menu utama di susun sejajar pada bahagian atas. Dalam web ini juga mengandungi pelbagai pautan-pautan yanf efektif. Warna latar belakang dilihat agak pudar serta pucat. Ini boleh memudahkan user menjadi cepat bosan ketika melayari web USIM ini. Nasihat saya, gunalah warna yang agak ceria atau soft agar user lebih selesa dan tenang ketika melayari web ini. http://www.usim.edu.my/

Thursday, October 30, 2008

++MaNcHeStEr UnItEd++

nie club b0la yang paling ak suke.. ak xtau nape ak suke b0la.. jarang p0mpuan minat b0la nie.. kalu kt umah mmg slalu tg0k b0la la.. xmiz r games.. kdg2 j0in angah n adik tg0k b0la.. seterusnye.. nnt ek kte smbung.. xsempat nie.. perut lapar.. wait k.. hUhUhU...

++UnIvErSiTi MaLaYsiA SaRaWaK++

Interface web Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) ini nampak biasa dan bersahaja. Web UNIMAS ini tampak begitu pucat dan pudar. Ini adalah kerana web ini hanyalah berlatarkan warna hitam dan putih sahaja. Secara jujur dan peribadi web ini tidak begitu menarik. Ini boleh menyebabkan user atau pengunjung cepat bosan ketika melayari pages ini. Namun begit, susunan maklumat tidak begitu padat dan mudah bagi user mengetahui maklumat yang dikehendaki. Web ini hanya menggunakan versi Bahasa Inggeris sahaja. Web ini kurang user friendly. http://www.unimas.edu.my/

++UnIvErSiTi UtArA MaLaYsiA++

Interface web Universiti Utara Malaysia (UUM) agak menarik daripada university lain. Tema biru menjadikan portal lebih menyerlah. Namun begitu, kedudukan font yang agak tidak teratur menyukarkan user untuk focus pada info yang lebih penting dan utama. Page UUM ini menggunakan teknik flash pada bahagian-bahagian tertentu seperti frontpage. http://www.uum.edu.my/

++UnIvErSiTi MaLaYsiA SaBaH++

Interface yang terdapat dalam laman web Universiti Malaysia Sabah (UMS) kelihatan simple. Konsep yang digunakan agak serasi dan mencerminkan imej universiti yang terletak di negeri bawah bayu ini. Namun, susun atur yang sesuai memperlihatkan keadaan laman ini kelihatan menarik dan kemas. Tambahan pula,tidak banyak ruang yang digunakan dalam laman hadapan web UMS ini. Kelihatan banyak link yang dipaparkan di bahagian laman hadapan web ini. Tidak seperti laman web universiti lain, informasi hanya akan dipaparkan jika anda menekan link yang disenaraikan. Penggunaan dwibahasa dalam laman ini dapat menarik pengguna untuk mengunjugi laman ini.Akan tetapi, kekurangan yang terdapat dalam laman ini ialah sistem perhubungan seperti no.tel dan alamat tidak disertakan menyebabkan pengguna susah untuk membuat sebarang pertanyaan. http://www.ums.edu.my/

++UnIvErSiTi MaLaYsiA PerLiS++

Laman web Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) berlatar belakang warna biru dan kuning kerana pages ini kelihatan lain daripada yang lain. UNIMAP menyediakan 5 bahasa sebagai bahasa pengantaraan. Hal ini memudahkan user dari negara lain untuk melayari laman web ni. Selain itu, pelbagai icon diwujubkan untuk kemudahan user. Namun begitu, icon-icon ini menjadikan page web ini begitu padat. Mungkin sesetengah user gemar web seperti ini. http://www.unimap.edu.my/

++UnIvErSiTi TuN HuSsIeN OnN MaLaYsIa++

Laman web Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) ini kelihatan begitu menarik dan colarasi warna yang digunakan begitu sesuai dengan page nya. Icon digunakan untuk berhubung dan pertanyaan. Contoh icon yang digunakan ialah icon telefofon. Icon telefon ini merupakan metafora kepada perkhidmatan perhubungan. selain itu, user boleh login dalam dwibahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa inggeris. Hal ini dapat memberi kemudahan kepada user untuk memahami maklumat-maklumat berkenaan dalam kedua-dua bahasa. Pelbagai informasi disediakan dalam web ini yang berkaitan tentang UTHM ini. Naman begitu, kedudukan page ini juga tampak begitu sarat dan tidak tersusun. http://www.uthm.edu.my/

++UnIvErSiTi PeRtAhAnAn NaSi0NaL MaLaYsIa++


Interface university Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kelihatan simple dan agak menarik. Mungkin warna background yang digunakan yang mempengaruhi interface ini. Web ini terbahagi kepada 3 bahagian. Ruang menu tersusun dan mudah dilihat oleh user. http://www.upnm.edu.my/

++UnIvErSiTi TeKn0LoGi PeTr0NaS++

Laman web Universiti Teknologi Petronas (UTP) kelihatan agak simple tapi menarik. Interface tidak begitu sarat dan kemas. Sesuai melambangkan imej nya yang berkonsepkan teknologi moden. Button menu tersusun dan mudah dilihat oleh user. Colorasi warna digunakan untuk keadaan yang simple tetapi menarik. http://www.utp.edu.my/

++UnIvErSiTi MaLaYsiA PaHanG++


Laman web Universiti Malaysia Pahang (UMP) amat menarik perhatian saya.Web ini tampak sangat mudah untuk difahami dan user friendly. Pautan-pautan yang dipaparkan kelihatan begitu efektif. Pelbagai kemudahan digunakan dalam web UKMini. Keutamaan adalah kepada staf-staf dan pelajar UKM seperti login E-community. Web ini juga diadakan dalam 2 versi iaitu versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris. Ini memudahkan user yang berlainan bangsa. http://www.ump.edu.my/

++UnIvErSiTi MaLaYsiA KeLanTaN++

Laman web Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kelihatan agak menarik walaupun simple. Web ini hanya menyediakan versi Bahasa Melayu sahaja. Web UMK ini turut memuatkan banyak gambaryang menaik. Pautan-pautan yang disedikan juga agak efektif. Misalnya peta lokasi UMK turut diselitan untuk kemudahan sesiapa yang berminat untuk pergi melawat atau mengetahui UMK dengan lebih dekat. http://www.umk.edu.my/

Tuesday, October 21, 2008

aPe bEnDe niE eK??

hah!!! whAt iS diss??
ilek bEbEh.. ni nk gtau niE... niE adaLah an0k2 keSaYanGaN kTe... ni bRu sparuH.. ade aG h0k d0p dan n0k amiK.. mcM2 sAiz adEr.. kTe mInAt gLeR r sp0ndEb0B nIe eY... saPa CadAr p0Wn sTaiL g2.. d0P aUw bKpE.. pLek nYe m0k ay0k kTe p0wn tUruT j0iN kaLi cLub c0LLeT ni eY.. iNsyAllAh kLu aDe rZkI es0K2 kTe nK bUke mUziUm sp0NgEb0b.. hehehe.. sR0n0k g0k 0rK.. nNt bLeH La k0Rg dAtAng mUziUm kTe eK.. l0kAsi muZiuM maYbE dEkaT nGn MyDin maLL k0t.. hiK3... nK saPe aSe nK j0iN cLub niE aDd La KtE eK.. hehe...

Monday, October 20, 2008

kEk? s0dAp nYe...


nI la CaKe BuFdAy aK tAhUn Ni... Aw0K2 NiE LaNjEr.. HeK3..SeDaP nGt tP g2 r.. Ak SmBuT kT KfC pAta... Meri0h g0k p0seN... aK aJ0k LaKe kEnGkaWan aK.. tiM0h,n0Mi,iFah,pUyU,mcNa,pInKy anD w0MaT.. huhuhu... n0k MkN kEk nIe Mr r uM0H aK nEh.. aDe Ag Ak siPan.. hEk3...

Tuesday, October 14, 2008

++UnIvErSiTy TeKn0L0gI MaLaYsIa++


Interface Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ini kelihatan tidak begitu menarik. warna nya seakan tidak begitu bermaya dan agak kusam. Colorasi warna dan font tidak menampakan keceriaan dan keseronokan. Namun begitu. Web UTM ini sering membuat pembaharuan mengenai event-event terkini. hal ini membolehkan para user mengetahui segala aktiviti yang dilaksanakan pada setiap minggu mahupun bulan. Selain itu, web ini juga hanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan. Sebaiknya dwibahasa adalah lebih baik dan lebih memudahkan user bagi yang kurang mahir berbahasa Inggeris. http://www.utm.edu.my/

++UnIvErSiTy MaLaYa++

Frontpage University Malaya(UM) juga kelihatan menarik. Web ini menggunakan teknik flash untuk tampak lebih menarik dan exclusive. Selain itu, di ruang ini turut disediakan pelbagai link yang membolehkan pengguna memilih info yang diingin ketahui mengenai UM ini. Namun begitu, terdapat beberapa perkara kurang menarik dalam portal ini. Totally, portal ini agak user friendly dan mudah digunakan. http://www.um.edu.my/

++UnIvErSiTy TeKn0L0gI MaLaYsIa MeLaKa++


Web Universiti Teknologi Melaka (UTEM) agak simple tetapi menarik. Pemilihan color yang sesuai menjadikan pages begitu menarik dalam kesederhanaan. Tampak user friendly dan mudah digunakan. http://www.utem.edu.my/

++UnIvErSiTy SaInS MaLaYsIa++


Laman utama Universiti Sains Malaysia (USM) terbahagi kepada 3 c0lume. Menyediakan banyak informasi terkini. Web ini begitu user friendly dan memudahkan kapada sesiapa untuk menggunakan web ini.tidak begitu menyusahkan. Turut disediakan ruang search Google untuk memudahkan para user mencari maklumat yang berkaitan dengan perubatan. Ruang berita menunjukan bahawa universiti ini sentiasa melaksanakan pelbagai aktiviti dan sentiasa aktif. Hala ini, menjadikan USM lebih hidup dan gah sebagai salah satu university terkemuka dalam bidang perubatan ini. http://www.usm.edu.my/

++UnIvErSiTy PenDiDiKaN SuLtAn IdRis++


Laman web Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kelihatan kurang menarik. Layout tidak sesuai serta membuatkan user mudah bosan. Color layout memainkan peranan penting dalam sesuatu frontpage bagi sebuah website rasmi seperti ini. Seeloknya pilihlah warna yang ceria dan soft. Web ini agak sukar untuk digunakan. User confius untuk cari button info. Web iuniversiti ini sering update dan pelbagai event dijalankan. Kalau disediakan dalam dwibahasa adalah lebih baik. Ini adalah kerana universiti ini lebih kepada pendidikan. http://www.upsi.edu.my/

++UnIvErSiTy TeKn0L0gI MaRa++


University Teknologi Mara (UiTM) merupakan salah satu university terkenal di Malaysia dan mempunyai banyak cawangan di setiap negeri di Malaysia. Berlatar kan warna ungu begitu sinonim dengan imej university ini. Pengaruh warna yang baik memberi keserasian dan kehebatan yang tersendiri pada web ini. Namun begitu, alangkah bagus sekiranya turut dimuatkan beberapa gambar pada page utama ini untuk tampak lebih menarik dan terserlah. Saiz font agak kecik dan kurang jelas. Pelbagai informasi tentang pelbagai aktiviti turut dimuatkan. Bagus!! Yang penting page ini sentiasa di update. Well d0ne!! http://www.uitm.edu.my/

++UnIvErSiTy PuTrA MaLaYsIa++

Laman web Universiti Putra Malaysia (UPM) sangat menarik. Walaupun terdapat banyak gambar namun page tersebut tidak nampak padat dan serabut. Web ini kelihatan tampak kemas. Pemilihan color latar belakang pages ini tidak menyerlah dan senada. Kebiasaan UPM menggunakan color maroon sebagai tema. Tapi kenapa hanya pada bahagian atas? Tidak pada keseluruhan. Teknik sebegini sering digunakan untuk mengelakkan pages ini kelihatan gelap. Button menu tersusun pada sebelah kanan. Memudahkan user untuk search apa yang diinginkan. http://www.upm.edu.my/

++UnIvErSiTy TeReNgGaNu MaLaYsIa++


Laman web Universiti Malaysia Terengganu (UMT) ini tidak begitu menarik. Kurang daya spirit dan tidak begitu bermaya. Page ini tidak mencerminkan imej bahawa universiti ini merupakan sebuah university yang terkenal dengan pelbagai penyelidikan seperti teknologi marin dan perikanan. Nasihat saya, gunalah warna yang lembut yang mempunyai daya spirit supaya pages web ini tampak kelihatan lebih menarik dan tidak membosankan. Susunan link ok tp highlight kan menu utama supaya user tidak keliru. http://www.umt.edu.my/

++UnIvErSiTy KeBaNgSaAn MaLaYsIa++


Laman web Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) agak simple. Ini adalah kerana web ini hanya menggunakan latar belakang transparent dan ringkas. Namun begitu ia agak sesuai. Web ini dibangunkan dengan menggunakan HTML dan Java script. User tidak sukar untuk mencari butiran atau maklumat. Web ini mudah digunakan. User friendly. http://www.ukm.edu.my/

++UnIvErSiTy IsLaM AnTaRaBaNgSa MaLaYsIa++

Laman web Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menggunakan interface yang kelihatan simple. Tetapi, warna yang digunakan adalah bersesuaian dengan nama university ini. Kedudukan sesuatu bahan di dalam laman web ini kelihatan seimbang.Di samping itu, maklumat yang di sampaikan adalah bersesuaian dengan keradaan. Dalam laman web ini juga, bahasa yang digunakan hanyalah bahasa English sahaja. Autoshow yang terdapat di tengah laman web ini dapat menarik minat pengguna untuk mengunjung laman web university ini. Web yang simple dan kelihatan kemas begitu mudah diguna oleh user. Hal ini juga dapat mengelakkan user tidak cepat bosan ketika menggunakan web ini. http://www.uiam.edu.my/

++UnIvErSiTy DaRuL ImAn MaLaYsIa++



Laman web Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) berlatar belakang dengan warna putih. Warna yang digunakan agak pucat dan tidak menyerlahkan seri pada page tersebut. Nasihat saya agar developer perlu memilih warna yang sesuai untuk background pages ini. Supaya user lebih tertarik dan ceria. Susunan gambar begitu tersusun dan tampak kemas. Page ini menyediakan banyak link untuk pelbagai maklumat mengenai UDM. Namun begitu, sesetengah maklumat yang disedikan tidak lengkap. Perlu dinaik tarafkan dengan segara memandangkan UDM kian dikenali oleh umum. http://www.udm.edu.my/